Keberanian Umar Cetuskan Kebangkitan Islam

Posted by inspirasi | Inspirasi | Friday 23 October 2009 4:34 am


SAIDINA Umar
tidak pernah mendapat pendidikan sekolah, apa lagi merantau ke pelosok negeri untuk menuntut ilmu atau hidup di kalangan ahli pemikir. Tetapi dia berjaya memberi contoh kepada kaumnya dalam mengurus pemerintahan dan kekuasaan yang penuh dengan keadilan, kebijaksanaan, keutamaan dan berlandaskan fiqh (hukum) Islam.

Sebelum memeluk Islam, Umar dikenali di kalangan kaumnya sebagai utusan yang mampu berdiskusi, berdialog dan menyelesaikan pelbagai urusan. Dia juga pedagang yang mahir dan tekun dalam perdagangannya.Umar dikenali sebagai orang yang mempunyai peribadi kasar, kukuh dalam memegang prinsip dan berkedudukan tinggi. Oleh kerana itulah dia digelar Al-Faruq Umar Ibnul Khattab.

islamic-calligraphy

Selepas memeluk Islam, Umat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Ya, Rasulullah, mengapa kita bersembunyi dalam menyiarkan agama kita, pada hal kita berada di atas kebenaran dan mereka (kaum kafir) kebatilan?”

Rasulullah SAW menjawab:
“Jumlah kita sedikit dan kamu dapat melihat sendiri apa yang selalu kita alami.”

Umar berkata lagi: “Demi yang mengutus engkau dengan hak, akan berjanji bahawa tiap-tiap tempat yang pernah aku sebarkan kekafiran, akan aku datangi untuk menyebarkan keimanan.”

Pada suatu hari Rasulullah SAW bersama kaumnya menuju Kaabah dengan dua barisan. Barisan pertama dipimpin oleh Hamzah dan kedua dipimpin oleh Umar. Ketika melihat barisan yang dipimpin oleh Hamzah dan Umar, kaum kafir tampak muram dan kecut hatinya. Maka, sejak itu Rasulullah SAW memberi gelaran “Al-faruq” bererti “pembeza di antara hak dengan batil” kepada Umar.

Ketika kaum Muslimin hijrah ke Madinah, mereka seluruhnya meninggalkan kota Makkah secara sembunyi-sembunyi kecuali Umar. Hanya Umar yang hijrah secara terang-terangan. Dia sengaja pergi pada siang hari dan melalui gerombolan Quraisy. Ketika melalui mereka, Umar berkata:
“Aku akan meninggalkan Makkah dan berhijrah ke Madinah. Barang siapa yang ingin menjadikan ibunya kehilangan puteranya atau ingin anaknya menjadi yatim, silakan menghadang aku di belakang lembah ini!”

Mendengar perkataan Umar yang gagah itu, tidak seorang pun yang berani mengekori apa lagi mencegah Umar.
Itulah kekuatan yang dimiliki Umar sejak awal keimanannya hingga dalam mengharungi seluruh kehidupannya.

Pada zaman seperti ini, alangkah perlunya kita memiliki orang seperti Umar. Kuat jiwa raganya dan kukuh keperibadiannya. Kerana Allah senang kepada orang yang berjiwa kuat dan benci kepada orang berjiwa lemah.

Apa yang dapat membangkitkan kejayaan Islam adalah apa dan bagaimana yang pernah dikerjakan kaum Muslimin terdahulu. Sama-samalah kita renung dan muhasabah.

Gangguan dan beban juga adalah Inspirasi

Posted by inspirasi | Inspirasi, Video | Tuesday 20 October 2009 11:04 am

Ilham yang sedang belajar di universiti di luar negara berasa sangat tertekan dengan kehidupannya. Duit biasiswanya tidak mencukupi lantaran kos hidup yang tinggi, dan dia terpaksa bekerja sampingan sebagai tukang cuci untuk menampung kewangan. Dengan jadual pelajaran yang padat dan waktu kerja yang memenatkan, diburukkan lagi dengan layanan majikan terhadapnya, Ilham berasa sangat tertekan dan hampir mengganggu fokusnya pada pelajaran.

Pernah kita melalui situasi seperti Ilham?

Gangguan-gangguan sekeliling yang kita anggap sebagai beban telah mengganngu fokus kita. Sebaliknya, anggaplah gangguan-gangguan dan beban-beban tadi sebagai inspirasi. Ya, gangguan dan beban juga adalah inspirasi.

“Allah tidak membebankan seseorang kecuali menurut kemampuannya.” (Surah al-Baqarah: Ayat 286)

Mari kita tukar persepsi dan pandangan kita..dan hasilnya..sesuatu yang pasti amat menyenangkan..^_^

Zaid Gugur Syahid Sebagai Panglima Medan Mu’tah

Posted by inspirasi | Inspirasi | Friday 16 October 2009 3:00 am

JAAFAR bin Abi Thalib adalah orang paling rapat dengan Rasulullah SAW dari segi hubungan keluarga, sebagai anak saudaranya sendiri.

Keberanian dan ketangkasannya tidak diragukan lagi. Kebangsawanan dan kehebatannya begitu juga, namun dia hanya sebagai orang kedua selepas Zaid iaitu sebagai panglima pengganti, sedangkan Zaid diangkat sebagai panglima pertama pasukan.

Begitulah contoh dan teladan diperlihatkan Rasulullah SAW dalam mengukuhkan sesuatu prinsip.

Medan Mu'tah

Islam sebagai agama baru mengikis habis segala hubungan lapuk yang didasarkan pada darah dan keturunan atau yang ditegakkan atas batil, menggantikannya dengan hubungan baru dipimpin hidayah Ilahi yang berpokok pada hakikat kemanusiaan.

Dalam pada itu, Rasulullah SAW seolah-olah mengetahui secara ghaib berhubung pertempuran yang akan berlaku.

Baginda mengatur dan menetapkan susunan panglimanya dengan tertib berturutan: Zaid, lalu Jaafar, kemudiannya Abdullah bin Rawahah.

Ternyata ketiga-tiga mereka menemui Tuhannya sebagai syuhada sesuai dengan urutan itu pula.

Apabila kaum Muslimin melihat tentera Romawi yang jumlahnya menurut taksiran tidak kurang daripada 200,000 orang, suatu jumlah yang tidak mereka duga sama sekali, mereka terkejut.

Namun, benarkah pertempuran didasari iman perlu mempertimbangkan jumlah itu?

Ketika itulah, mereka maju tanpa gentar, tidak mempedulikan dan menghiraukan ramainya musuh.

Di hadapan sekali kelihatan dengan tangkasnya memacu kuda, panglima mereka Zaid, sambil memegang teguh panji Rasulullah SAW, dia maju menyerbu seperti taufan, di celah desingan anak panah, hujung tombak dan pedang musuh.

Mereka bukan hanya mencari kemenangan, tetapi lebih daripada itu mencari apa yang dijanjikan Allah iaitu tempat pembaringan di sisi Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah membeli jiwa dan harta orang Mukmin dengan syurga sebagai imbalannya.” (Surah at-Taubah, ayat 111)

Zaid tidak sempat melihat pasir Balqa’, malah tidak pula keadaan bala tentera Romawi, tetapi dia langsung melihat keindahan taman syurga dengan dedaunannya yang hijau berombak laksana kibaran bendera, yang memberitakan kepadanya, bahawa itulah hari istirahat dan kemenangannya.

Dia terjun ke medan perang dengan menerjah, menghayun, membunuh atau dibunuh. Tetapi, dia tidak memisahkan kepala musuhnya, dia hanya membuka pintu dan menembus dinding yang menghalanginya ke kampung kedamaian, syurga yang kekal di sisi Allah.
Dia menemui tempat berehat yang akhir.

Rohnya yang melayang dalam perjalanannya ke syurga tersenyum bangga melihat jasadnya yang tidak berbungkus sutera dewangga hanya berbalut darah suci yang mengalir ke jalan Allah.

Senyumannya semakin melebar dan tenang penuh nikmat, kerana melihat panglima yang kedua Jaafar memecut laju ke hadapan laksana anak panah yang terlepas dari busurnya menyambar panji yang dibawanya sebelum jatuh ke tanah.

inspirasi

AnaK oH AnaK…

Posted by inspirasi | Inspirasi | Friday 9 October 2009 1:58 am

Ujian atau cabaran dimana2 pun ada dengan pelbagai bentu dan rupa yang berbeza. Ada yang diuji ngan kesusahan, ada dengan harta kekayaan, ada dengan pangkat dan jawatan, tak kurang dengan sakit, kesusahan, penderitaan dan kegagalan demi kegagalan. Pendek kata setiap dari kita pasti diuji olehNya. Dunia hari ini menerima ujian berupa penyakit H1N1 . Walau dari mana punca dan apa jua sebab asbabnya….. semua itu dengan kehendak kekuasaan Allah jua. Tidak berlaku dengan sendirinya. Itu kata kita yang ada sedikit kefahaman agama. Bagi mereka yang tak beragama , ini semua wabak atau fenomena alam semulajadi!!! Janji Allah tetap benar. Firman Allah ” nescaya kami akan menguji setiap dari kamu ( wahai manusia ) dengan sesuatu samada berupa ketakutan ( akibat perang, penyakit, trajedi alam), kelaparan atau berupa kekurangan harta benda, jiwa atau buahan ( makanan ), maka berilah khabar gemberi kepada mereka yang bersabar ( dalam menerima ujian Allah ) ”

Apa yang penting kesabaran dalam menempuh ujian tu. Bersangka baik dengan ketentuan Allah pada kita. Sapa kita di sisi Allah? Apakah kita mampu melihat segala hikmah disebalik apa yang kita lalui? Ada orang boleh terima , ada setengahnya menyalahkan takdir…. kita pula bagaimana?

Salah satu ujian adalah anak2. hmm …. tengok tu si cilik. Awal pagi dah bangun. Akhir2 ni kul 4 atau 4.30 pagi dah bangun. hmmm .. kejutkan abah ummi dia tahajud kot. Lepas tu siaplah .. sapa tak layan dia meragamlah jawabnya. Jadi kenalah bergilir mengurusnya. Mama dah ambil sebelah malam, jadi kenalah ustz bantu sebelah pagi. he.ehe. tu pun kalau abahnya ni sedar sama!!! kalau idak ….. selamattttt lah jawabnya.

Ni kes dah tak tahan sangat ….. ustaz biarkan je dia nangisssss . abis tu dah tak ada idea nak suruh dia senyap atau diam. kita pun kekadang tak larat nak celik mata pagi2 tu kan!!

bila kesian tuuuu .. pujuk jugak lah

Namun walau apa pun …. kehadiran anak2 adalah rahmat yang tiada ternilai. memang besar ujian untuk membesarkan mereka. Jangan sesekali kita merungut untuk membesarkannya. Mengapa???? ramai lagi orang di luar sana berusaha untuk memperolehi anak tapi Allah uji dengan kesukaran mendapatkannya. Kita yang ada anak ni ….. janganlah tak bersyukur pulak.

Dalam masa membesarkan anak2 ni , ada orang tua cukup sekadar beri makan minum tempat tinggal untuk anak2. Soal nilai, akhlak apa 2 yang lain tu tak pernah terfikir. Dia orang boleh kata ” selamat membesar gak anak2 aku tu !!!! ” Ada yang terlebih kasih sayang hingga akhirnya lupa berikan disiplin . Apa jadi akhirnya? Anak2 buat ikut suka dia. Ada pulak terlalu berdisiplin hingga anak rimas terkongkong. akhirnya lari tinggalkan orang tua. Jadi macamna nak buat ngan anak2 tu? Disinilah ilmu pengetahuan amat mendesak. Tanpa ilmu susah kita ibubapa. Lebih2 lagi ilmu moden terlalu canggih ikut kita ikuti perubahannya. Pendek kata ibubapa mesti tingkatkan ilmu sesuai dgn zaman anak2 hari ini.

Nak buat benda2 tu sebenarnya tak semudah seperti ustaz perkatakan . Hmm … cakap sapa pun boleh!! Tiba masa nak buat … pening kepala dibuatnya. Mana nak fikir keperluan rumah, sara hidup harian, bebenan kerja di pejabat, hutang piutang yang bertambun , masalah rakan dan keluarga. Belum lagi fikirkan kerenah dan kedegilan anak2 yang melampau, masalah disiplin mereka di sekolah, pencapaian akademik yang tak seberapa. Pendek kata macam2 hal kena fikir. Soalnya adakah itu saja tanggungjawab kita sebagai ibubapa? Sapa nak beri nilai dan akhlak pada mereka? hmmm … mungkin mereka sangka itu tugas guru2 di sekolah.

Apa ustaz boleh pesan… sebanyak mana kasih sayang kita curah pada anak2, sebanyak itulah mereka akan menghargainya dan memberinya kembali kepada kita kelak. Kalau ya pun kita diuji Allah dengan anak2 yang tak mengenang budi, keikhlasan kita melaksanakan tugas dan tanggangjawab tetap tidak dipersiakan olehNya di akhirat sana.

hmmm .. berat sebenarnya tanggungjawab kita sebagai ibubapa , suami isteri ni. Cukupkah ilmu dan kemahiran kita mengurus mereka? Apa persediaan bakal2 suami dan isteri atau ibubapa? Apakah ilmu yang sedia ada kita miliki hari ini, mampu bertahan dalam proses pentarbiyahan anak2 zaman ini atau MESTI DIPERTINGKATKAN dengan kepelbagaian ilmu yang lain ? semua tu mesti ada dalam pemikiran kita ibubapa atau bakal suami isteri. Di tangan kitalah mereka membesar dan menjadi manusia.

Atas desakan kuat inilah, yang mendorong untuk ustaz menolak satu tawaran jawatan utama di salah sebuah SBP Agama di lembah kelang baru2 ni. Ikutkan peluang…. tu antara yang terbaik pernah ustaz terima . Semua kekawan berikan sokongan padu agar ustaz menerimanya. Hingga ada kata … ” kalau ustaz tolak , gilalah ustaz ni” Ya lah jawatan tu boleh datang semula tapi anak2 yang sedang membesar dan memerlukan perhatian kita ibubapa ni …. sekali ni je. Kalau ustaz kejar jawatan tu … hampir pasti anak2 kurang perhatian. Harap isteri sorang sahaja nak urus 5 anak yang sedang membesar????!!!!! fuuuh … siannyaaaaa .

Hmm … pasal basikal ni ada citernya. Ustaz baru ambil semalam dari bengkel cina di parit baru sebenarnya. Lupa bila usta hantarnya. dah hampir 3 minggu kot. wal hal 2 hari dah siap dibaikinya. Satu hari owner basikal nin tanya …… ” ummi ijah rasa basikal ijah anak cina tu dah ambik lah sebab lama tak siap2 !!! ” baru ummi nya tersedar. ummi dia jawab ” mana ada, tauke tu dah simpan basikal ijah elok2 ” dibalas semula dengan katanya ” tak ummi … cuba ummi tengok mesti anak cina tu dan pakai basikal ijah ” . terus mama bagi tahu ustaz ni ha. Ustaz pun baru ingat basikal tu tak diambik2 lagi. esoknya dia bersuara lagi ” ijah rasa sampai kiamat pun basikal tu tak ambik ” ha.ha. terbahak2 kami ketawa. Petang tu jugak kami pegi bengkel untuk mengambilnya.

Gitu lah bila dah sama2 sibuk dengan urusan kerja duniawi ni. Walau sesibuk mana pun … usahlah anak2 kita persiakan. Hargai mereka supaya mereka belajar untuk menghargai kita , sayangi mereka, kelak merteka menyanyangi kita, didik dengan disiplin dan kepatuhan agar mereka tahu dan sedar akan tanggungjawab mereka. Tiada hari ulangan untuk mereka membesar … sekali kita abaikan mereka PENYESALAN mungkin kita tanggung buat selamanya. ” Pangkat dan jawatan pergi dan kembali tapi anak membesar hanya sekali !!! ”

Akhirnya dengan senyuman penuh kepuasan … berjaya dia menaiki kembali basikal kesayangannya. Melihat kegirangannya tu gak …. tiada penyesalan pun usta menolak pelawaan dan tawaran tu.

:: sumber : Ustaz Amir Berau

edited by : NorSaidaH

Aku Tidak Pernah Sendiri

Posted by inspirasi | Video | Wednesday 7 October 2009 8:06 pm

Pejamkan mata anda. Sekarang, bayangkan anda berdiri keseorangan di sebuah padang pasir yang kering dan tandus. Tiada air, tiada makanan, tiada tempat berteduh. Dahaga, panas. Tiada  sesiapa yang boleh menolong anda.

Bagaimanaperasaan anda? Takut? Resah? Gelisah? Putus asa? …sedangkan anda perlu terus berjuang untuk hidup.

Begitulah juga analoginya jika kita mahu melakukan sesuatu kebaikan, atau mahu berusaha mencapai kejayaan di tengah-tengah masyarakat yang tidak pernah sekali mahu menyokong dan membantu kita. Ramai, tetapi kita tetap sendiri.

Tetapi, selagi kita melangkah ke arah kebaikan, ingatlah janji-Nya yang Maha Agung kepada kita,

“Serahkanlah segala urusanmu kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai Penjaga dan Yang diserahi segala urusan”

(Al Ahzab: 3)

Video persembahan Inspirasi kali ini agak berbeza kerana ia merupakan sebuah klip video nasyid dendangan Native Deen yang bertajuk ‘Not Afraid To Stand Alone’. Walaupun hanyalah sekadar klip video nasyid, namun kami pasti insya Allah kita mendapat suntikan inspirasi daripadanya.

Hayati dan hadirkan semangat itu ke dalam diri anda..

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Single mother raising her children
And Now she’s a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
It was a healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Had a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

She was called for a job that she dreamed of
Close by, great pay -she was in love –
They brought her in — told her shes the 1 pick
You got the job, but you gotta lose the outfit”

It’s a tough position that you put me in
Cause look at my condition, and my two children
But I’ll continue looking for a job again
Cause my faith and my religion I will never bend

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Peer pressure, they were insisting
And I was resisting
Some days…. I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know…..when I’m praying and fasting’
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour…

one day there’s a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing…. her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don’t see me sweatin’ when they’re jokes cracking
Never see me cussing’ with my pants saggin’
I aint never running Yo Im still standing,
sorry I aint jumping on your band wagon, cause…

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Now, I’m a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don’t dare say no
Scared of being shunned, but its clear they know
I aint never gonna run, I aint scared no more….

Man, these sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn’t cute
And the get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and thats the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me Im a brotha gotta stand my ground
No fear, Im tough Im the man in town
Peer pressure no more, its my planet now

Others may fall, but Im hold my own
With Allahs help I’ll be strong as stone
And I’ll be the one to let Al Islam be shown
Cause I am not afraid yo to stand alone

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Gelisah yang Mendera

Posted by inspirasi | Inspirasi | Wednesday 7 October 2009 11:59 am

Gelisah yang mendera

Pada suatu malam Nabi SAW tidak dapat melelapkan matanya. Baginda memalingkan mukanya ke sana dan ke mari, dan mengantuk tak dirasakannya. Menyedari keadaan tersebut, isteri baginda bertanya, “Mengapa engkau tidak dapat tidur, wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab, “Ada sebiji kurma, terletak di suatu tempat, tadi. Kerana takut ianya terbuang begitu sahaja, aku telah memakannya. Sekarang aku berasa kesal kerana buah itu mungkin telah ke mari untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin.”

Buah yang dimakan baginda mungkin kepunyaan dirinya sendiri. Tetapi kerana para dermawan selalu menghantar sedekah ke rumah baginda untuk diagih-agihkan, perbuatan memakan kurma itu tadi telah menimbulkan keraguan di dalam hatinya.

 Demikianlah ketelitian Nabi SAW mengenai setiap perkara yang dilakukannya-hatta yang sekecil buah kurma itupun dihitung-hitungnya. Ambillah pengajaran : Kita seharusnya juga menilai setiap tindak-tanduk kita, agar kita takkan berasa kesal di kemudian hari. Dan berkhidmatlah kepada Allah dengan senang hati. InsyaAllah dunia kita akan lebih berseri.

Seasons of temperate zones Wordpress Theme