Contribute

Posted by admin | Inspirasi | Monday 6 July 2009 7:36 am

Assalamualaikum,

Objektif penubuhan inspirasi.iluvislam.com adalah bertujuan untuk menyuntik semangat baru dan mematangkan lagi para pejuang di jalan Allah. Semoga dengan perkongsian daripada kita semua, bukan sahaja semangat baru dapat disuntik bahkan akan lahir lebih ramai pejuang Islam yang bersemangat dan istiqamah. InsyaAllah.

Di inspirasi.iluvislam.com, kita ingin belajar dari semua orang. Kita ambil pengajaran dari setiap orang yang kita kenali. Kata bijak pandai,

Jangan melihat kepada siapa yang bercakap, tapi lihatlah apa yang dicakap

InsyaAllah, sama-sama kita telusuri sirah, berkongsi pengalaman, berkongsi pengetahuan. Semoga usaha ini akan diberkati All s.w.t.

Untuk menyumbang, hantarkan kisah anda ke

inspirasi[at]iluvislam.com

Untuk makluman anda, sekiranya kisah anda di hantar kepada email berikut, maka anda bersetuju untuk:

a. Membenarkan kisah-kisah yang dihantar akan dibaca dan disunting oleh team inspirasi.

b. Membenarkan kisah-kisah yang dihantar akan menjadi milik penuh inspirasi.iluvislam.com. Pihak inspirasi berhak meminda dan mengubahsuai mengikut kesesuaian kami tanpa mesti memaklumkan kepada penghantar.

Sekiranya terdapat sebarang komen dan cadangan, hantarkan juga kepada,

inspirasi[at]iluvislam.com

Terima kasih di atas sumbangan anda ^_^

6 Comments »

  1. Comment by hidayah93 — September 23, 2009 @ 3:58 pm

    assalamualaikum..
    hari ini lebih baik dari kemarin
    hari esok lebih bagus dari hari ini………………………..
    hidup kita mesti di teruskan biarpun pekara semalam masih mengejar kita..
    pejamkan mata dan ucapkan alhamdulillah kerana masih berpeluang untuk melihat ciptaan ILLAHI………..

  2. Comment by puteri — October 9, 2009 @ 4:54 pm

    berikanla sedikit ruang kepada kepala anda untuk memikirkan sesuatu yang baik…

  3. Comment by faizal yusup — November 20, 2009 @ 12:03 pm

    Salam buat para admin IluvIslam.. sesenang jemput ke blog faizalyusup.blogspot.com

  4. Comment by are in — November 20, 2009 @ 9:54 pm

    salam…
    pertemuan antara kita pasti ada tujuan
    iaitu memuliakan islam dan memartabatkan hidup islam
    beauty of islam

  5. Comment by syaakirah — December 23, 2009 @ 10:27 pm

    Ingatlah keselesaan tubuh kerana sedikit makan, keselesaan jiwa kerana sedikit dosa,Keselesaan hati kerana sedikit keinginan dan keselesaan lisan kerana sedikit berbicara

  6. Comment by KELANA AKIRA — March 12, 2010 @ 11:04 am

    Gunakan seluruh POTENSI KECERDASAN (IQ, EQ dan SQ)mu, kerana sesungguhnya engkau berasal dari Ar-Rasyid Allah Yang Maha Cerdas. Mengembaralah di muka bumi ini dengan sebuah tujuan mulia, sebgai pembawa rahmat bagi sekelian alam. Bercita-citalah besar, berfikirlah maju, engkau tidak diciptakan untuk menjadi orang yang kalah, tetapi diciptakan sebagai Wakil ALLAH di bumi untuk memberi KEMENANGAN.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Seasons of temperate zones Wordpress Theme