Berapa harga dirimu untuk mengalah?

Posted by inspirasi | Video | Thursday 10 September 2009 1:53 pm

Tidak ada seorang pun dari kita yang hidupnya tidak pernah ditimpa masalah, walau cuma sekali. Terasa berat kaki melangkah, terasa sesak dada menanggung, terasa penat untuk bertahan..sehingga tahap ini adakah anda akan mengalah?

Adakah anda akan berhenti melangkah? Adakah anda pilih untuk berputus asa? Apakah usaha anda selama ini sia-sia? Berapa harga dirimu untuk mengalah?

Tidak!! Jangan sekali-kali anda berhenti dan mengalah…kerana anda hanya selangkah lagi untuk berjaya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Bersabarlah menghadapi kepenatan dan kesakitan ini. Ingatlah, kepenatan dan kesakitan hadiahnya adalah kejayaan.

Anda inginkan manis kejayaan, anda mesti terlebih dahulu merasa pahitnya usaha. Kuatkan semangat, jangan sekali-kali berputus asa. Kuatkan dirimu, anda pasti berjaya!

Video dibawah menunjukkan semangat anak seekor beruang yang berusaha menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa si singa. Adakah anda lebih penakut daripada beruang kecil ini?


Survival EffortsWatch more amazing videos here

Jangan Berhenti, Teruskan Melangkah!

Posted by inspirasi | Video | Wednesday 2 September 2009 1:23 pm

Walaupun sekali, kita pasti pernah berasa putus asa pada diri sendiri. Kita tidak dikurniakan segala kelebihan,kita tidak diberikan sebarang keistimewaan. Kita mencuba untuk menggapai apa yang kita mahu, tetapi kita sering gagal, gagal, dan gagal…Sehingga akhirnya kita merasakan berseorangan mengharungi segala kegagalan.

Kenapa kita perlu terus gagal dan berasa gagal, sedangkan kita ada dua ‘jurulatih’ yang sungguh hebat dan mantap, iaitu yang namanya Al Quran dan As Sunnah. Coaches kita ini tidak akan sekali-kali memberikan kita panduan yang salah untuk terus mengharungi hidup. Coaches kita ini juga tidak sesekali akan meninggalkan kita di dalam kesesatan dan kebinasaan melainkan sekiranya kita sendiri yang meninggalkan kedua-duanya. Sabda Nabi SAW seperti yang diriwayatkan oleh Imam Malik r.a di dalam Kitabnya yang terkenal Al Muwatta’,

”Aku meninggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selama kalian berpegang teguh dengan keduanya, yaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.” (HR Imam Malik )

Jadi, kenapa kita perlu terus merasa letih dan keluh kesah, sehingga tidak yakin kepada kemampuan diri sendiri? Kenapa kita sukar sekali mengikut kata-kata ‘jurulatih’ kita itu?

Teruskan, teruskan melangkah berpandukan Al Quran dan As Sunnah, insya Allah kita akan tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya dan diredhaiNya, insya Allah.

Kali ini, Inspirasi menghidangkan anda dengan satu video yang mampu menaikkan semangat anda untuk terus melangkah, dan yakin dengan diri sendiri, dan menunjukkan betapa pentingnya peranan seorang jurulatih untuk membantu kita terus melangkah dan berjaya.

Nikmatilah..

Please, Blame Yourself!

Posted by inspirasi | Video | Tuesday 1 September 2009 12:01 am

Pernahkah kita, apabila mengalami kegagalan, kita menyalahkan orang lain. Menyalahkan keadaan, menyalahkan suasana, menyalahkan kawan-kawan.

Dan pernahkah kita menyedari, apabila satu jari kita dihalakan kepada orang lain, tiga jari lagi akan menunding kepada diri kita sendiri?

Untuk berjaya, untuk bangkit dari kegagalan, untuk kembali membina diri yang cemerlang, sebenarnya pertama sekali yang perlu kita lakukan adalah, we have to sincerely blame ourselves! Kenapa? Ini kerana apabila kita mengetahui kesilapan sendiri, kita pasti boleh mencari cara dan jalan untuk membaiki kegagalan tersebut

Seperti kisah Nabi Yunus A.S, apabila baginda ditelan ikan Nun, baginda tidak sesekali meyalahkan orang yang mencampakkan dia dari kapal,atau menyalahkan ikan Nun, apatah lagi menyalahkan Allah SWT, tetapi apa yang baginda ucapkan adalah, Laaila hailla anta, subhanaka inni kuntu minazzhoolimin..

(Tiada tuhan selain Engkau, maha suci-Mu Ya Allah, sesungguhnya aku dari golongan orang yang zalim)

Maka bermula pada hari ini, berhentilah menyalahkan atau melihat kelemahan orang lain, tapi telitilah diri kita sendiri, mudah-mudahan Allah menolong kita untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat, insya Allah.

Dan Inspirasi pada kali ini menghidangkan anda satu klip video kuliah dari Khalid Yasin tentang betapa pentingnya kita umat Islam menyatukan sesama kita berbanding kita menunding jari kepada kafir laknatullah demi memastikan kesucian Islam terus terbela.

Inspirasi Laskar Pelangi

Posted by inspirasi | Video | Monday 31 August 2009 12:01 am

Tidak semua dari kita dilahirkan dalam dulang emas. Dan tidak semua dari kita yang lahir terus mengecap kemewahan. Ada yang terbatas kehidupannya. Ada di antara kita yang lahir diceruk kampung, jauh dari kemudahan, jauh dari segala peralatan moden.

Tetapi, ketahuilah bahawa keterbatasan itu tidak sesekali boleh menghalang kita dari terus berusaha, dari terus maju, dan kita mesti memperbaiki kehidupan kita untuk menjadi lebih baik.

Keterbatasan atau kemiskinan tidak sama sekali membezakan akal dan kemampuan berfikir kita dari orang lain. Itu cumalah satu ujian kecil kepada kita. Maka, marilah kita terus bangkit dan bangun mencapai cita-cita kita kerana,

Setiap orang berhak bermimpi dan menjadikan mimpi sebagai satu realiti!

Video kali ini adalah video semangat anak-anak Laskar Pelangi yang tidak pernah mengeluh dan sedih dalam kesempitan mereka tetapi sentiasa bersemangat untuk meneroka hidup dan minda mereka.

Hayati dan nikmaatilah..

Jangan Terus Tersungkur, Bangkitlah!

Posted by inspirasi | Video | Sunday 30 August 2009 1:55 pm

Hidup kita memang tidak pernah sunyi dari ujian dan masalah. Masalah memang aneh, ia mampu membuatkan kita putus asa, jatuh dan tersungkur. Walaupun dalam setiap hati sudah mengetahui, bahawa ujian adalah rempah dan warna kehidupan, dan Allah SWT sendiri telah menukilkan dalam KitabNya,

“janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu diuji..”(Al Ankabut:2),

kita tetap juga tidak dapat lari dari perasaan ‘down’ yang teramat.

Berasa sedih dan kecewa itu tidak salah, kerana Allah memang menciptakan kita dengan seribu satu perasaan, tetapi yang salah ialah apabila kita berterusan dibelenggu rasa kecewa dan duka sehingga kita takut untuk bangkit lagi.

Maka hari ini, berhentilah dari rasa kecewa, tinggalkan segala perkara yang berlaku dibelakang kita dan bangkitlah. Walaupun begitu, janganlah kita lupa pada yang telah berlalu itu kerana apa yang berlaku di belakang adalah yang membentuk kita pada hari ini.

Katakan pada diri, ‘aku akan terus bangun, berdiri dan berlari, kerana aku bukan lemah!’

Dan ingatlah, Allah sendiri telah berjanji dalam firmanNya:

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Sekali lagi inspirasi membawakan anda satu video, bagaimana Nick Vujicic yang tidak memiliki tangan dan kaki menunjukkan kepada kita, bahawa ketiadaan dua anggota tersebut tidak sesekali pun akan menghalang dia untuk terus bangun dan berdiri.

Nikmatilah.

Amanat pemimpin

Posted by admin | Video | Monday 6 July 2009 8:50 am

Zaman berzaman kita menyaksikan pemimpin itu datang dan pergi. Meskipun jasad mereka sudah berlalu pergi, namun segala amanat dan pesanan mereka masih lagi bergema hingga ke hari ini. Amanat dari seorang pemimpin itu amat bermakna dan besar impaknya. Amanat mereka mampu membuatkan orang yang penat menjadi bersemangat, orang yang lemah menjadi gagah.

Teringat satu kata-kata Ulama’

Barang siapa mengenal dirinya maka ia akan sibuk memperbaikinya tanpa memerdulikan cacat dan aib orang lain. Dan barang siapa mengenal Rabbnya maka dia akan sibuk berkhidmat kepada-Nya dengan meninggalkan ajakan dan rayuan hawa nafsunya.

Kali ini inspirasi ingin berkongsi satu video yang memuatkan sedutan-sedutan ucapan pemimpin yang terkenal di mata dunia. Antaranya adalah Nelson Mandela, WInston Churchill, John F. Kennedy, Gandhi dan ramai lagi. Hayati dan selami maksud kata-kata mereka.

Seasons of temperate zones Wordpress Theme