Hargailah..selagi anda berpeluang..

Posted by inspirasi | Video | Friday 25 September 2009 12:04 pm

Anda membantu kawan anda menyelesaikan kerjanya, dan bila selesai, sepatah terima kasih pun tidak diucapkan kepada anda. Bukan setakat itu, kawan itu itu seolah tidak menghargai bantuan. Katanya, bantuan anda bukan besar sangat pun, cuma sikit. Nah..bagaimana anda rasa?

Manusia memang suka dihargai, secara nalurinya. Maka hargailah..ucaplah terima kasih.

Inspirasi kali ini membawa satu kisah, kisah kasih yang tidak dihargai..kisah kasih seorang ibu.. Di hari baik bulan baik, hargailah ibu bapa anda, ahli keluarga anda, teman-teman anda, dan sesiapa sahaja..bukan mereka layak dihargai, tetapi sebelum masanya terlambat!

Hargailah..selagi anda berpeluang..kerana ada antara kita yang tidak mempunyai peluang itu.

Seasons of temperate zones Wordpress Theme